Anda Menang Masa? Nanti Dulu….

Oleh : NA Mohd Azizul

Rata-rata kejohanan di Kelantan pada masa ini menggunakan kawalan masa Rapid, iaitu masa kurang daripada 60 minit tetapi lebih daripada 5 minit. Dalam kawalan masa ini, pemain tidak perlu merekod pergerakan mereka, namun mereka masih boleh membuat tuntutan seperti biasa. Contoh-contoh tuntutan adalah tuntutan pergerakan menyalahi undang-undang (Illegal Move), tuntutan sentuh buah (Touch Move), tuntutan seri melalui pelbagai cara, dan juga tuntutan menang masa.

Untuk membuat tuntutan menang masa, undang-undang FIDE memperuntukkan beberapa syarat dipenuhi untuk mendapatkan 1 mata yang berharga tersebut. Pemain boleh membuat tuntutan tersebut sekiranya beliau masih mempunyai buah catur yang mampu melakukan checkmate terhadap lawan beliau yang kehabisan masa. Contohnya, pada kedudukan di bawah : 

Dalam kedudukan di atas, Hitam kehabisan masa. Oleh itu, Putih boleh membuat tuntutan menang masa kerana masih mempunyai buah Rook yang mampu melakukan checkmate. Perkara yang sama boleh dilakukan jika pemain yang membuat tuntutan masih mempunyai pawn yang dianggap mampu bertukar menjadi apa sahaja dan melakukan checkmate, seperti contoh di bawah : 

 

Dalam kedudukan di atas, Hitam kehabisan masa. Putih masih boleh membuat tuntutan menang masa kerana pawn dianggap boleh ditukar kepada buah yang mampu melakukan checkmate. Namun, keadaan adalah sebaliknya jika pemain yang membuat tuntutan tidak mempunyai buah yang mampu melakukan checkmate. Contohnya : 

 

Dalam kedudukan di atas, Hitam kehabisan masa. Namun, Putih tidak boleh membuat tuntutan menang masa kerana beliau hanya mempunyai seekor Knight yang tidak mampu melakukan checkmate terhadap King lawan. Dalam kedudukan ini, permainan berakhir seri.

Berikut adalah undang-undang yang diambil daripada FIDE Rules and Regulation : 

A.5.3    To claim a win on time, the claimant may pause the chessclock and notify the arbiter. However, the game is drawn if the position is such that the claimant cannot checkmate the player’s king by any possible series of legal moves.

Rujukan : Appendix A. Rapid Chess – FIDE Rules Commission

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *