Kejohanan Tertutup Kelantan 2024

Kejohanan Tertutup Kelantan bakal diadakan pada 8 Mac bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Seperti biasa, kejohanan ini akan digunakan sebagai salah satu medan memilih pemain wakil Kelantan ke peringkat kebangsaan termasuk Malaysian Chess Championship yang akan diadakan pada bulan April ini. 

Syarat-syarat untuk menyertai Kejohanan Tertutup Kelantan adalah seperti berikut : 
1. Lahir di Kelantan
2. Bapa atau ibu lahir di Kelantan
3. Menetap, bekerja atau belajar di Kelantan pada masa sekarang

Kejohanan kali ini menyediakan sebanyak 30 medal untuk para pemenang mengikut kategori umur selain hadiah utama merupakan tajaan penuh ke MCC untuk seorang pemain lelaki dan seorang pemain wanita.  

Oleh itu, walaupun anda adalah pemain berusia bawah 12 tahun yang runsing apabila melawan orang yang lebih dewasa, anda masih lagi berpeluang memenangi hadiah. 

Jangan tunggu lagi, daftar sekarang. Segala maklumat boleh dibaca dalam poster di bawah : 

 

Sila klik pautan pendaftaran di bawah :

Borang Pendaftaran Tertutup Kelantan 2024

 

One Response to Kejohanan Tertutup Kelantan 2024

  1. Avatar NURFALISHA IRDINA BINTI MUHAMMAD SHARIDAN says:

    kejohanan catur tertutup kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *