Masalah Borang Keahlian?

Kepada pencatur yang ingin membayar yuran tahunan PCNK (RM15 untuk umur 18 tahun ke bawah dan RM30 untuk umur lebih daripada 18 tahun), mereka disarankan melakukannya dengan salah satu daripada cara berikut :

  1. membayar menggunakan aplikasi perbankan masing-masing dan menghantar resit kepada Presiden atau Bendahari; atau
  2. membayar menggunakan mesin ATM, mengambil gambar resit dan menghantar gambar tersebut kepada Presiden atau Bendahari; atau
  3. memuatturun (download) borang keahlian di sini (https://pcnk.org/pautan/muat-turun/), mengisi borang tersebut dan menghantarnya kepada Presiden atau Bendahari atau mana-mana AJK PCNK secara terus atau pos; atau
  4. mengisi semula borang keahlian online di sini (https://pcnk.org/borang-keahlian-pcnk/) dan mengikut arahan seperti dalam borang.

Manakala pencatur yang belum pernah menjadi AHLI AKTIF PCNK, mereka hanya mempunyai satu cara, iaitu mengisi borang keahlian online tersebut.

Cuma, pihak kami mempunyai satu masalah teknikal yang di kesan baru-baru ini setelah beberapa orang ahli aktif memberitahu tentangnya iaitu masalah loading selepas menekan butang HANTAR BORANG.

Kami selalu mendapati maklumat sama dihantar berkali-kali masuk ke dalam email PCNK. Ini bermaksud, walaupun loading, maklumat tersebut sampai. Oleh itu, penyelesaiannya, biarkan ia loading dalam 2-3 minit, in shaa Allaah maklumat tersebut diterima. Anda boleh memastikan perkara tersebut dengan memaklumkan kepada Presiden atau Bendahari setelah mengisi borang. 

Harap maklum. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *