UNDANG-UNDANG BLITZ
UNDANG-UNDANG CATUR BLITZ
- Undang-undang ini perlu dibaca bersama Undang-undang FIDE (Artikel 1 – Artikel 5).
- Pemain tidak perlu merekod permainan, namun mereka boleh membuat tuntutan seperti biasa.
- Permainan tamat jika salah seorang pemain melakukan kesalahan Illegal Move (Sila rujuk Kesalahan Illegal Move).
- Jika kedua-dua pemain telah melakukan 10 gerakan, kesilapan jam dan kesilapan kedudukan buah tidak boleh dibetulkan lagi. Jika ia melibatkan kesilapan kedudukan King, pemain yang melakukan kesilapan tersebut tidak dibenarkan castling. Jika ia melibatkan kesilapan kedudukan Rook, pemain yang melakukan kesilapan tersebut tidak dibenarkan castling menggunakan Rook tersebut.
- Jika arbiter melihat seorang pemain melakukan kesalahan Illegal Move, beliau boleh mengisytiharkan permainan tersebut tamat dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan. Jika arbiter tidak melihatnya, pemain lawan boleh membuat tuntutan menang selagi pemain tersebut belum melakukan gerakan. Jika kedua-dua keadaan ini tidak berlaku, permainan mestilah diteruskan dan Illegal Move tersebut tidak boleh dituntut lagi.
- Pemain boleh menghentikan jam dan memberitahu arbiter jika ingin membuat tuntutan menang melalui masa. Namun, permainan adalah seri jika beliau tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan checkmate.
- Arbiter boleh menunggu sehingga gerakan berikutnya lengkap jika beliau melihat kedua-dua King berada dalam keadaan check, atau sebutir pawn berada dipetak promosi tidak ditukar. Jika selepas gerakan tersebut kesalahan masih lagi berlaku, beliau boleh mengisytiharkan permainan tersebut seri.
- Arbiter boleh menghentikan permainan jika beliau melihat masa salah seorang pemain telah tamat.
- Keputusan arbiter adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Leave a Reply