Kelantan Bawa Pulang Gangsa Dalam SUKMA Pertama Catur

Bumi Kenyalang menjadi saksi medal pertama pasukan catur Kelantan yang terhasil melalui gandingan Mohd Syakir dan Nik Omar Heykal dalam acara Rapid Berpasukan. Gandingan ini telah berjaya menewaskan pasukan-pasukan negeri lain seperti Wilayah Persekutuan, Johor dan juga Pahang. Namun, mereka terpaksa akur dengan gandingan tuan rumah dalam pusingan akhir yang menidakkan peluang mereka untuk memintas Selangor dan membawa pulang pingat perak sekiranya mereka menang atau seri.

Taktik yang digunakan oleh Kelantan amat unik. Mohd Syakir digunakan sebagai penyerang (bermain putih) manakala Nik Omar bertahan dengan buah hitam. Ternyata taktikal yang dicadangkan oleh jurulatih ini membawa tuah dan membantu mereka untuk membawa pulang pingat gangsa. 

Keputusan penuh boleh dibaca di sini

 

Kronologi 

Tahun 2023 merupakan tahun pemilihan pemain dan PCNK telah mengadakan 2 sesi pemilihan di Kota Bharu (KIAS) dan di Gua Musang. Selain itu, pemain juga layak melalui beberapa kriteria seperti memenangi medal MSSM 2o23 dan juga melalui Kejohanan Tertutup Kelantan 2023. Pemain-pemain ini melalui dua lagi sesi pemilihan Round Robin bertempat di Black Cafe, Bachok dan KIAS, Kota Bharu.  

 

Setelah sesi pemilihan berakhir, satu pasukan telah dibentuk terdiri daripada 6 pemain lelaki dan 6 pemain perempuan. Mereka ini diiringi oleh 3 orang pegawai yang dilantik oleh PCNK.

Pemain-pemain terpilih seterusnya melalui sesi latihan secara bersemuka dan juga maya disamping menyertai kejohanan-kejohanan sokongan untuk meningkatkan kemahiran masing-masing. Antaranya adalah : 

1. Kejohanan Gegar Pantai Timur

2. Kejohanan Nelayan Setiu

3. Terengganu Hanelang Chess Challenge

4. National Interstate Chess Challenge

5. National Open Team (Piala PMX)

Pasukan catur SUKMA Kelantan berlepas daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada 17 Ogos diiringi amanat daripada Presiden PCNK, cikgu Mohd Azizul. 


Pasukan catur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak pada waktu tengah malam, 18 Ogos disambut dengan meriah oleh jawatankuasa SUKMA Sarawak. 

Setelah itu, bermula lah acara catur SUKMA yang julung kali diadakan pada tahun 2024. Sebanyak 10 pingat emas dipertaruhkan dalam acara Standard (Classical) Lelaki dan Perempuan kategori Individu dan Berpasukan, Rapid Lelaki dan Perempuan kategori Individu dan Berpasukan dan Blitz Individu. 


Hari keempat merupakan hari bersejarah bagi catur Kelantan apabila Mohd Syakir dan Nik Omar Heykal meneruskan rentak cemerlang hari sebelumnya untuk menaiki podium mengibarkan bendera Kelantan bersama pingat gangsa. Walaupun kecewa tewas di pusingan akhir dan terlepas pingat perak, seharusnya mereka berdua berbangga dengan kejayaan yang dikecapi. 

Pasukan Kelantan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 25 Ogos bersama dengan pasukan kriket Kelantan yang memenangi pingat emas setelah penerbangan ditunda beberapa ketika. 

Diharapkan dengan kejayaan ini, sukan catur tidak lagi dilabel sukan kategori C yang memerlukan para pemain mengeluarkan belanja sendiri dan dinaikkan taraf ke kategori B atau A agar kejayaan demi kejayaan bakal dicapai kelak, bermula dengan SUKMA 2026.
 

Sedikit gambar suasana SUKMA Sarawak: 

 

Vlog Pasukan Catur SUKMA Kelantan 2024

Klik link di bawah
https://vt.tiktok.com/ZS2hakVev/

dan

Klik link di bawah
https://vt.tiktok.com/ZS2haGM1H/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *