Catur Dipertandingkan di SUKMA 2024 (Sarawak)!

Catur merupakan antara 5 sukan tambahan yang bakal menyaksikan kemunculan di SUKMA Sarawak pada tahun depan selain sofbol, kabbadi, silambam dan kriket. Mengikut maklumat daripada pihak Persekutuan Catur Malaysia (MCF), catur akan beraksi pada 17-24 Ogos 2024. Setiap pasukan dibenarkan menghantar 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta wanita untuk merebut 10 pingat emas dalam acara Klasikal, Rapid dan Blitz. 

PCNK telah diberi mandat oleh MCF dan Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk mencari para peserta mewakili negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Oleh itu, Kejohanan Tertutup Kelantan pada hari Sabtu ini merupakan medan yang paling sesuai untuk sesi pemilihan siapa yang bakal mencatat sejarah mewakili negeri Kelantan dalam SUKMA yang julung-julung kali melibatkan catur sebagai SUKAN. 

Ayuh! Pendaftaran masih lagi dibuka!

Untuk mendaftar, sila tekan pautan di bawah: 

KEJOHANAN CATUR TERTUTUP KELANTAN 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *