Kejohanan Tertutup Kelantan 2023

Akhirnya Kejohanan Tertutup Kelantan bakal diadakan pada 15 Julai setelah tertunda semenjak bulan Mac lalu. Kali ini tempat yang dipersetujui adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Seperti biasa, kejohanan ini akan digunakan sebagai salah satu medan memilih pemain wakil Kelantan ke peringkat kebangsaan.
Syarat-syarat untuk menyertai Kejohanan Tertutup Kelantan adalah seperti berikut :
1. Lahir di Kelantan
2. Bapa atau ibu lahir di Kelantan
3. Menetap, bekerja atau belajar di Kelantan pada masa sekarang
Kejohanan ini unik kerana ia menyediakan sebanyak 50 hadiah untuk para pemenang termasuk medal. Hadiah yang banyak ini merupakan cara PCNK menghargai sokongan para peminat catur di Kelantan dan ia adalah usaha PCNK untuk memberi semula kepada para pencatur Kelantan.
PCNK juga mengekalkan sistem hadiah secara cabutan bertuah agar hampir semua peserta mempunyai peluang untuk menang walaupun berada di kedudukan ke 20, 40, 60, 80 dan 100 dalam senarai ranking pusingan akhir.
Oleh itu, walaupun anda adalah pemain berusia bawah 12 tahun yang runsing apabila melawan orang yang lebih dewasa, ataupun anda seorang pemain yang kurang mahir dan selalu berada di tangga tercorot dalam senarai ranking pusingan akhir, anda masih lagi berpeluang memenangi hadiah.
Jangan tunggu lagi, daftar sekarang dengan harga pendaftaran awal (early bird). Segala maklumat boleh dibaca dalam poster di bawah :
Sila klik pautan pendaftaran di bawah :
Borang Pendaftaran Tertutup Kelantan 2023
Leave a Reply