Syauqi Juara Sulung PCNK PROKEL

Wan Muhd Syauqi menjadi juara Siri 1 PCNK PROKEL setelah menumpaskan hampir semua pencabarnya. Beliau yang hanya seri dengan Mohammad Amin Che Cob membawa pulang 20 mata berharga dalam usaha untuk mendapatkan Hadiah Utama PCNK PROKEL iaitu RM500. Momentum ini mestilah dikekalkan dalam 9 lagi siri agar beliau tidak dipintas oleh pemain lain nanti. Beliau diekori rapat oleh Muhammad Faiz Sekeri dan Wong Kah Hing yang sama-sama mendapat 5 mata dan membawa pulang masing-masing 18 dan 16 mata. Untuk kedudukan mata keseluruhan, anda boleh lawati laman utama PCNK PROKEL yang akan kami bina nanti.
Keputusan penuh boleh dibaca di laman chess results. Kedudukan mata Siri 1 adalah seperti berikut:
Sementara itu, PCNK PROKEL (Siri 1) juga ditaja oleh Akademi Catur Ariez Azman yang menyediakan 6 hamper sebagai cabutan bertuah. Cabutan bertuah ini dipilih daripada senarai peserta yang belum memenangi hadiah pada kejohanan kali ini.
Akademi ini dibina oleh seorang bekas pemain yang mewakili Kelantan ke kejohanan MSSM suatu ketika dahulu. Anda boleh lawati laman Facebook beliau untuk maklumat lanjut.
Leave a Reply