Wakil PCNK ke MCC 2023

Seramai 4 orang ahli PCNK menyahut cabaran mewakili PCNK ke Malaysian Chess Championship yang akan diadakan di Taiping, Perak. Mereka adalah : 

1. Wan Mohamad Azmie Wan Abd Rahim (FIDE Rating Classical 1668)

Beliau merupakan pemain yang sedang meningkat naik di kejohanan-kejohanan catur di seluruh Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur. Pada tahun 2023, beliau menjadi Johan di Terbuka Pekan, Juara Blitz di Kejohanan MAKSAK Ipoh selain mendapat best board dengan 8.5/9 mata, naib juara kejohanan berpasukan Mesamall bersama pasukan ACAA dan naib juara Nexus KL Master. 

2. Muhammad Syakir Mohd Zin (FIDE Rating Classical 1710)

Beliau merupakan bekas anak emas dalam pasukan MSSM Kelantan sebelum berpindah ke Terengganu. Kejayaan terbaru beliau adalah mendapat top 10 dalam Kejohanan KL Gateway yang turut disertai oleh IM Shkapenko dan juga FM Wong Yinn Long.  

3. Nik Omar Heykal Amir Azhar (FIDE Rating Classical 1572)

Beliau merupakan salah seorang pemain remaja yang amat sukar untuk ditewaskan. Kini sedang melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti tempatan, beliau tidak meninggalkan sukan catur yang telah diperturunkan oleh ayah beliau sendiri, iaitu pakcik Amir Azhar. Kejayaan terbaru beliau adalah mendapat top 10 dalam Kejohanan Bazar Tok Guru dan Sarawak Ramadhan Open. 

4. Zurayusazrul Ismail (FIDE Rating Classical 1694)

Beliau merupakan seorang lagi pemain Kelantan yang mempunyai rating FIDE Classical yang agak tinggi, oleh itu PCNK menerima permohonan beliau walaupun beliau masih belum bermain dalam kejohanan yang berprestij pada tahun ini. Dalam Kejohanan Kulim Central tahun lalu, beliau mendapat tempat yang memberangsangkan daripada 186 pemain keseluruhan, oleh itu, beliau wajar diberi peluang dan bukan sekadar melengkapkan kuota pasukan. 

 

PCNK dan seluruh warga catur Kelantan mendoakan agar semua wakil kita akan mendapat kemenangan dan sekaligus meningkatkan rating masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *