Dua Beradik ‘Hanelang’ di Terengganu

Muhammad Amsyar Rayyan dan adiknya Mohamed Ammar Rayyan mengisi tempat pertama dan kedua dalam Terengganu Hanelang Chess Challenge 2024 pada 21-22 Jun 2024 bertempat di Gong Badak, Kuala Nerus. Kedua-dua pemain SUKMA Kelantan ini menunjukkan kemahiran yang tinggi dalam menangani lawan-lawan mereka seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM500 dan RM400 seorang. Seorang lagi pemain SUKMA Kelantan, Gan Wen Han mendapat tempat keempat. 

KEPUTUSAN AKHIR KATEGORI LELAKI

Manakala dalam kategori wanita, 5 pemain Kelantan mendapat tempat 10 teratas didahului oleh Wan Nadia Fatini di tempat ketiga, Nur Aqilah Huda (keempat), Nur Saffiya Sumayyah (kelima), Nik Nur Nadzirah (ketujuh) dan Wan Nadia Damia (kesepuluh). 

KEPUTUSAN AKHIR KATEGORI WANITA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *