Ariez Juara Siri 4 – PCNK

Ariez Juara Siri 4



Pengasas Akademi Catur Ariez Azman, Muhammad Ariez Azman, akhirnya berjaya menjadi juara baru dalam PCNK PROKEL (Siri 4). Setelah siri 1-3 menerbitkan juara-juara yang berlainan, Ariez melakukannya dengan bergaya setelah memenangi semua perlawanannya. Beliau diikuti dengan rapat oleh Muhammad Haikal Anang dan Norazlin Juarih. Keputusan penuh boleh dibaca dipautan di bawah:

Kejohanan Catur PCNK PROKEL (Siri 4)

Berikut adalah kedudukan mata terkini setakat 4 siri:

 

Sementara itu, Akademi Catur X Chess yang berpusat di hadapan Kompleks Balai Islam, Lundang, telah berbesar hati menaja beberapa hamper untuk peserta yang bertuah terdiri daripada ahli-ahli aktif 2019 yang membawa kad keahlian masing-masing. Akademi ini diasaskan oleh Cikgu Sahadi dan anak-anak beliau yang rata-rata merupakan bekas wakil pasukan MSS Kelantan ke MSSM. Akademi ini menyediakan kelas catur pada hujung minggu dengan bayaran yang berpatutan. Kepada yang berminat, anda boleh menghubungi X Chess di talian 019-991 7914 (Ahmad Yusri Sahadi).

Cabutan bertuah untuk hamper dibuat menggunakan Kad Keahlian 2019



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *