Salam Tahun Baru 2026

Salam tahun baru 2026 saya ucapkan kepada pencinta catur di Kelantan khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.
Tahun 2025 telah berlalu dengan pelbagai kejohanan anjuran PCNK dan secara kerjasama. Semua kejohanan-kejohanan tersebut telah memberi peluang kepada ahli-ahli aktif dan juga bukan ahli untuk bermain catur dalam usaha mereka meningkatkan kemahiran masing-masing di samping mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah.
Di samping itu, pemilihan pemain untuk pasukan SUKMA Kelantan juga giat diadakan. Kejohanan-kejohanan seperti Junior Masters sebanyak 3 siri, Sukan Kelantan (SUKEL) dan juga Kejohanan PCNK-PPAK diadakan untuk memilih pemain-pemain yang layak beraksi dalam SUKMA yang akan diadakan pada Ogos ini di Selangor.
Tahun 2026 diharapkan dapat memberikan sesuatu yang lebih baik lagi terutamanya kepada ahli-ahli PCNK yang aktif. Kejohanan-kejohanan yang menawarkan mata PAJSK akan diperbanyakkan di samping kejohanan-kejohanan bertaraf FIDE rated. Kami juga mensasarkan beberapa orang arbiter bertaraf FIDE Arbiter terhasil daripada ahli PCNK sendiri untuk membolehkan impian meramaikan pemain yang mempunyai FIDE rating di Kelantan ini menjadi kenyataan.
Sehubungan itu, pada tahun ini, para pencatur Kelantan yang berminat meneruskan penyertaan dalam kejohanan-kejohanan anjuran PCNK boleh menekan butang Borang Keahlian PCNK Online yang berada di sebelah kanan laman web ini.
Adalah diharapkan pihak yang berminat membayar yuran tahun 2026 sebelum 1 Februari untuk melayakkan mereka manfaat-manfaat dan faedah-faedah di atas.
MOHD AZIZUL MAT DAUD
Presiden 2025-2027








Leave a Reply