Sumbangan

Kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari pihak yang berminat sebagai dana bagi pembangunan sukan catur di Kelantan. Sumbangan-sumbangan anda akan digunakan untuk:

  • Menganjurkan Kejohanan Catur
  • Mengadakan Bengkel Catur
  • Mengadakan Kursus Kejurulatihan Catur
  • Membeli dan menyelenggarakan peralatan catur bagi PCNK
  • Menjaga kebajikan pemain catur yang mewakili Kelantan
  • Membiayai kos bagi atlit catur yang mewakili negeri Kelantan
  • Mengadakan perlawanan persahabatan dengan Persatuan Catur yang lain
  • Membayar sewa pejabat PCNK. ( dalam perancangan)
  • Membiayai penyelenggaraan PCNK untuk memastikan pengurusan yang lebih efisyen
  • Sumbangan berupa peralatan seperti set catur, jam catur, perisian catur, alat pejabat dan buku-buku catur juga amat dialu-alukan.

Kami dari PCNK mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang sudi membantu pembangunan catur di negeri Kelantan dan juga Malaysia.

Kami juga menghargai sumbangan berbentuk informasi daripada anda. Sekiranya anda mengetahui sesuatu pertandingan yang akan berlangsung, keputusan penuh pertandingan, gambar-gambar dari pertandingan yang berkaitan, anda boleh berkongsi dengan kami.

Sekiranya anda adalah pemain yang berasal dari Kelantan dan menyertai mana-mana pertandingan, anda juga boleh memberitahu kami untuk kami mengikuti perkembangan anda. Anda juga boleh menghantar permainan anda untuk dianalisa dan dikongsi di sini. Terima kasih kerana menyumbang!

Hubungi kami di catur.kelantan@gmail.com

Atau:

Mohd Azizul (019-6138802)

 

 

 

AKAUN PERSATUAN CATUR NEGERI KELANTAN

RHB ( 20305360012947 )

 

Sumbangan dengan Paypal: