Beberapa Situasi Contoh Penerangan Illegal Move (Catur Rapid)

Kejohanan bawah 12 tahun selalu menjanjikan aksi menarik kerana ramai yang masih belum menguasai undang-undang permainan catur, terutamanya melibatkan ILLEGAL MOVE. Berikut diberikan contoh-contoh situasi yang mungkin boleh dijadikan rujukan:

Situasi 1:

Pemain A melakukan illegal move (contohnya membiarkan King dlm keadaan check dengan menggerakkan buah lain) dan tekan jam.
Pemain B perasan illegal move tersebut dan memanggil arbiter sblm menggerakkan buah sendiri utk claim. Pemain B tidak menekan jam (tapi dibenarkan pause jika masa hampir habis).
Arbiter datang dan menanda satu illegal move utk Pemain A.

Situasi 2:

Pemain A melakukan illegal move (contohnya membiarkan King dlm keadaan check dengan menggerakkan buah lain) dan tekan jam.
Pemain B tidak perasan illegal move tersebut, menggerakkan buah dan menekan jam.
Illegal move tersebut sudah tidak dikira dan pemain A boleh menggerakkan King utk mengeluarkan daripada keadaan check. Jika pemain A masih blm menyelamatkan King dgn menggerakkan buah lain dan menekan jam, pemain B boleh membuat claim sebelum beliau menggerakkan buah sendiri.

Situasi 3:

Pemain A melakukan illegal move (contohnya membiarkan King dlm keadaan check dengan menggerakkan buah lain) dan tekan jam.
Pemain B tidak perasan illegal move tersebut, menggerakkan buah dan menekan jam.
Arbiter kebetulan lalu dan melihat illegal move tersebut. Beliau akan menunggu gerakan daripada pemain A. Jika pemain A menyelamatkan King, permainan diteruskan. Jika pemain A terus menggerakkan buah lain dan menekan jam, illegal move akan dikenakan terhadap pemain A.

UNDANG2 KEJOHANAN (ILLEGAL DAN WARNING) – Rapid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *