Terbuka USM – PCNK

Terbuka USM



Setelah sekian lama tiada penganjuran kejohanan catur di USM, Kubang Kerian, pada 20 April ini akan diadakan Kejohanan Catur Terbuka USM bertempat di Dewan Murni, Pusat Latihan Ko-Kurikulum USM. Pertandingan ini dianjurkan oleh Khidmat Komuniti Pusat Rancangan Kokurikulum USM dengan kerjasama PCNK. Segala maklumat boleh dibaca di bawah:

 

Pertandingan ini merupakan salah satu projek ‘fundraising’ untuk mengumpul dana bagi menjayakan misi kemanusiaan ‘Heart to Cambodia’ pada 3-7 Ogos 2019 bertempat di Kampong Treas, Tbong Khmum, Kemboja. Ahli Khidmat Komuniti USM akan menyumbangkan dana yang diperoleh kepada mereka yang memerlukan di Kemboja dalam bentuk pam air, bakul makanan, kit bersunat dan juga kit kebersihan.

PCNK mengambil peluang ini untuk bersama menyumbang dalam usaha yang murni ini. Anda juga boleh menyumbang sambil bermain catur dengan menyertai kejohanan ini dan mendaftarkan nama anda dengan nama-nama yang tertera di atas. Kepada AHLI AKTIF 2019, anda boleh mendapat diskaun dan hanya perlu membayar yuran RM25 untuk Kategori Terbuka dan RM15 untuk Kategori Bawah 12 tahun dengan mendaftarkan nama anda melalui pautan di bawah:

BORANG PENDAFTARAN UNTUK AHLI AKTIF 2019

 

Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang misi kemanusiaan ‘Heart to Cambodia’ dan ingin menyumbang, boleh berhubung dengan Bendahari program Hanis Farina (017-350 9905).



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *