Sorotan Kejohanan Catur Berpasukan Sekolah Kelantan Sempena Hari Kebitaraan dan PESKO SMK Dato’ Ahmad Maher 2017

SMK Dato Ahmad Maher menjadi juara keseluruhan edisi pertama Kejohanan Catur Berpasukan Sekolah Kelantan 2017 yang berlangsung pada 22 April 2017 di Dewan Raja Abdullah, SMK Dato Ahmad Maher, Kota Bharu Kelantan.

Kejohanan yang disertai 21 pasukan dari 12 sekolah dan 84 orang pelajar diadakan bersempena Hari Kebitaraan dan PESKO SMK Dato Ahmad Maher.

SMK Dato Ahmad Maher (B) muncul juara keseluruhan dengan mencatat 5 kemenangan dan satu seri. Adik Nik Nurmiza Nik Nor Havisam pula mencatat sejarah apabila muncul pemain terbaik Board Pertama menewaskan pemain lelaki yang lain.

Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Chess2Care dan SMK Dato’ Ahmad Maher.


Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan Catur Berpasukan Sekolah Kelantan Sempena Hari Kebitaraan dan PESKO SMK Dato’ Ahmad Maher 2017:

Johan: SMK Dato’ Ahmad Maher (B)
N. Johan: SMK Dato’ Ahmad Maher (A)
Ketiga: MRSM Pengkalan Chepa (A)
Keempat: SMK Sultan Yahya Petra 2

Terbaik Sekolah Rendah: SK Bukit Jawa 2

Best Board

Board 1: Nik Nurmiza Nik Nor Havisam (SMK Sultan Yahya Petra 2)

Board 2: Ahmad Alif Irfan Badruddin (MRSM Peng. Chepa (A))

Board 3: Ahmad Hilmi Zulkiflee (SMK Dato’ Ahmad Maher (A)

Board 4: Mohd Irham Fahmi (SMK Dato’ Ahmad Maher (B))



Pihak C2C ingin merakamkan jutaan penghargaan khasnya pengurusan SMK Dato’ Ahmad Maher di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada kami sebagai penganjur bersama kejohanan kali ini.

Terima kasih juga buat sekolah-sekolah serta guru pengiring yang sudi memeriahkan kejohanan pada kali ini. Tanpa kerjasama dari pelbagai pihak, kejohanan ini pasti tidak berjalan dengan lancar.

Tidak lupa buat rakan strategik C2C iaitu Persatuan Catur Negeri Kelantan di atas penyediaan peralatan dan bantuan teknikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *