Selangor Open 2011

Selangor Open bermula semalam dengan menarik seramai 81 pemain dari 4 negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan India. Kumpulan pemain ini diketuai oleh FM Dr. Nicholas Chan dan diikuti oleh IM Srinath Narayanan dan IM Jimmy Liew dari India dan Malaysia pastinya akan memberikan cabaran yang menarik. Wakil dari Kelantan pula menunjukkan kemunculan semula Mohd Imran Ibrahim (FIDE 2119) dalam perlawanan catur yang menawarkan FIDE rating setelah beberapa lama hanya menyertai perlawanan berpasukan melalui pasukan majikannya iaitu Petronas. Dengan kemunculan semula pemain dari Kelantan ini, Kelantan pastinya mempunyai banyak pilihan untuk memilih pemain di masa akan datang apabila IM Mas Hafizul, Mohd Imran, Nik Ahmad Farouqi, Syed Azizi dan mungkin Abdul Haq merupkan pemain yang dikira mampu mencabar dalam arena catur kebangsaan.
Satu kejutan telah berlaku dalam pusingan pertama semalam apabila pemain dari Filipina yang menetap di Malaysia iaitu Ian Udani ditahan seri oleh Dawson Tan Soon Wei yang berusia di bawah 12 tahun. Apakah ini strategi awal dari Ian untuk mencari laluan mudah ke perlawanan akhir? Imran pula berjaya memenangi perlawanan pertama ke atas Ashton Liew dengan buah putih. Pusingan ke 2 akan menemukan Imran menentang Puteri Munajjah Azhar.
Seorang lagi pemain dari Kelantan ialah Harun Bustaman (1250) dan masuk dalam kategori pemain Veteran. En Harun tewas pusingan pertama kepada Goh Xin Yen (1648) dan akan bertemu Bausch Koh Sian Kuan (1377) pada pusingan ke 2.
Segala keputusan boleh diikuti di Chess-Result
Ikuti perkembangan pemain Kelantan ini.
Leave a Reply