Sambungan 1st Kelantan FIDE Rated

Hari ni Nik Farouqi vs Abdul Haq. Sambungan 1st Kelantan FIDE rated.
Venue : *PPAS Shah Alam
Masa : 11.30 am
Tarikh : 23/10/11

Siapa2 nak maghi tengok, silakan..

*Hanya cadangan. Harapnya pihak perpustakaan benarkan perlawanan dimainkan..

Laporan Perlawanan

Perlawanan yang dijadualkan bermula pada pukul 11.30 pagi akhirnya berjaya dimulakan pada pukul 12.30 tengahari di Tingkat 3 bangunan PPAS. Ini disebabkan masalah parking di PPAS dan juga mencari ‘port’ yang sesuai untuk memastikan perlawanan yang berapi.. Perlawanan bermula dengan lancar sehingga kami diganggu oleh bahagian kawalan PPAS ketika permainan telah berlangsung 10 langkah dalam tempoh setengah jam.

Kami diminta untuk menghentikan permainan kerana takut ‘menggangu’ pengunjung PPAS yang hadir. Setelah memberitahu bahawa ini merupakan perlawanan rasmi, pihak PPAS memberi kerjasama untuk kami teruskan permainan tetapi kami diminta berpindah ke Tingkat LG di bilik staff. Setelah perlawan terhenti lebih kurang 20 minit, kami meneruskan perlawanan.

Perlawanan ini sememangnya sengit tetapi sedikit terganggu apabila dimaklumkan bahawa PPAS akan ditutup pada pukul 5 petang. Akhirnya setelah bertungkus lumus bertarung, kami memutuskan untuk seri apabila mengenali Rook endgame yang terhasil di akhir perlawanan biasanya berakhir dengan keputusan seri dan kami juga mengakhiri permainan pada pukul 5 petang.

Keputusan

Nik Farouqi draw Abdul Haq

Dengan berakhirnya perlawanan terkini antara Nik Farouqi dan Abdul Haq, Mohd Azizul kekal sebagai pendahulu kejohanan walaupun berkongsi 4.5 mata dengan Abdul Haq dan Nik Farouqi mendaki ke tangga ke-5 dengan 2.5 mata dari 3 perlawanan.

Berikut adalah kedudukan terkini 1st Kelantan FIDE Rated Event 2011 pada 23 Oktober 2011

Lain-lain laporan berkenaan 1st Kelantan FIDE Rated Event boleh diikuti di http://kelantanfiderated2011.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *