PROGRAM JEJAK JUARA PPD Kuala Krai

Program ini telah berlangsung pada 29 Januari hingga 1 Februari 2011 di SMK Pahi di bawah kendalian Mr Gregory Lau, Setiausaha Kehormat MCF.
Tujuan utama program ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan catur bermula dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Program ini dianjurkan oleh PPD Kuala Krai.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah teknik asas dalam permainan catur, pertandingan sesama pelajar dan acara blitz. Di sini dirakamkan beberapa kenangan untuk dikongsi bersama.. (Gambar-gambar terlalu besar untuk diupload. Akan diupload apabila mendapat internet connection yang lebih baik)
Diharap program seperti ini dapat diteruskan dan diikuti di lain-lain daerah selepas ini.
Leave a Reply