Kursus Arbiter MSSK

Selama dua hari (26 – 27 April) seramai lebih kurang 30 orang guru telah mengikuti Kursus Arbiter anjuran JPN di SM Sains Machang. Kursus ini bertujuan memberi sedikit ilmu berkaitan undang-undang yang digunakan dalam Kejohanan MSSK dan juga MSSM. Peserta juga didedahkan dengan pindaan undang-undang FIDE yang terbaru yang bakal berkuatkuasa 1 Julai ini. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Ketua arbiter MSSM tahun lepas, En. Wan Rozuhan dan Pengerusi Teknik Sukan Catur Kelantan, En. Nik Mohd Azrihan.

Pada hari kedua, peserta memasang perisian Swiss Manager dalam komputer masing-masing. Taklimat penggunaan Swiss Manager telah diberikan oleh salah seorang Arbiter Pairing MSSM tahun lepas, En. Mohd Azizul. Diharapkan agar peserta boleh menggunakan sistem pairing ini dalam kejohanan peringkat daerah masing-masing agar kegiatan catur di negeri Kelantan ini khususnya semakin berkembang.

Penyerahan tugas Ketua Arbiter MSSK kepada En. Mohd Azizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *