Kelayakan untuk Hadiah Terbaik PCNK

Kejohanan Terbuka Kelantan kali ini menyediakan 10 hadiah untuk Terbaik PCNK. Tapi, adakah anda layak? Mula-mula, sila semak nama anda di sini:
https://pcnk.org/senarai-ahli/senarai-ahli-aktif/
Jika ada, anda LAYAK untuk membayar secara diskaun iaitu RM10 (sebelum 1 NOV 2021) atau RM15 (selepas 1 NOV 2021). Anda juga LAYAK untuk mendapat hadiah Terbaik PCNK setelah anda tidak berjaya mendapat 20 hadiah utama yang disediakan.
Ia adalah satu kelebihan yang pihak PCNK sediakan untuk ahli yang membayar yuran tahun 2020 dan 2021.
Namun, jika anda masih inginkan peluang untuk membayar secara diskaun dan peluang untuk mendapat hadiah Terbaik PCNK, anda boleh terus membayar yuran untuk tahun 2022. Jika anda berumur lebih daripada 18 tahun, yuran tahun 2022 adalah RM30 manakala RM15 adalah yuran untuk mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
Oleh itu, anda berpeluang untuk terus mendapat diskaun untuk kejohanan ini dan juga kejohanan-kejohanan lain pada tahun hadapan dengan hanya membayar RM30 + RM10 (atau RM15 + RM10 bagi 18 tahun ke bawah).
Anda boleh membayar yuran PCNK di sini:
https://pcnk.org/borang-keahlian-pcnk/
Jangan lepaskan peluang ini! Sebanyak 68 orang pemenang di cari dan 10 daripadanya adalah AHLI AKTIF PCNK!
Leave a Reply