Kelantan menang 3-1 ke atas Seahorse PETRONAS

Keputusan Setiap Papan

Keputusan Kelantan vs Seahorse PETRONAS

1. IM Mas Hafizul vs Tun Sri Lanang – IM Mas Hafizul MENANG!!
2. Farhan vs Abdul Haq – SERI !!
3. Azahari Md. Nor vs Zulhairi – SERI!!
4. Alex Zulkarnain vs Mohd Ezmi – Ezmi MENANG!!


TAHNIAH Pasukan KELANTAN!!!

Kelantan vs Seahorse PETRONAS

Kelantan membuat 2 pertukaran di dalam barisan pemain kali ini apabila menampilkan Azahari Md Nor dan Mohd Ezmi Mahmood buat pertama kali di papan 3 dan 4.

Papan 1 : IM Mas Hafizulhelmi vs Tun Sri Lanang

Pertemuan antara Mas dengan bekas majikan beliau (PETRONAS) juga merupakan pertembungan antara beliau dengan anak didiknya iaitu Tun Sri Lanang. Ternyata Mas tidak mempunyai masalah untuk menang apabila memasuki endgame apabila berjaya mencuri 1 pawn di g7 dan Tun menyerah pada pergerakan ke 28.

————————————————————————————————————————————

Papan 2 : Ahmad Farhan vs Abdul Haq

Abdul Haq masih mencari-cari kemenangan pertama beliau apabila hanya seri dengan Farhan malam tadi. Farhan membuat kesilapan apabila membenarkan Haq memakan Rook di a1 pada pergerakan ke 5 tetapi gara-gara terburu untuk menghalau Bishop di g5, haq melemahkan pertahanan di bahagian King dan terpaksa bertahan sepanjang permainan. Ketika Kelantan telah mendahului 2.5-0.5 mata, Haq mengambil jalan selamat dan menawarkan seri pada pergerakan 21.

————————————————————————————————————————————

Papan 3: Azahari Md Noor vs Zulhairi

Pemain yang pernah mendapat papan terbaik bagi pasukan Malaysia di Kejohanan Olimpiad ini kembali ke papan catur apabila dipanggil oleh Pasukan Kelantan. Permainan Azahari kali ini kelihatan akan bermula dengan kemenangan apabila memasuki Rook endgame dengan 4 vs 2 pawn tetapi kesilapan apabila memberikan pawn di g3 membuatkan game seri serta merta.

Azahari sepatutnya hanya perlu menolak pawn ke petak 31. d6 tetapi memilih 31.Kg1. Ini membuatkan King hitam dapat menghalang pass pawn Azahari dan menggunakan Rook untuk menyerang.

————————————————————————————————————————————

Papan 4 : Alex Zulkarnain vs Mohd Ezmi

Pertama kali diturunkan mewakili pasukan catur Kelantan kerana sebelum ini beliau mewakili Kelantan untuk bolasepak, Ezmi membuat penampilan hebat apabila menang dengan hanya 20 langkah dalam permainan Budapest Defence.

————————————————————————————————————————————

Dengan kemenangan 3-1, Pasukan Kelantan masih berada di tangga ketiga tetapi berada 0.5 mata di belakang pendahulu dan tempat ke-2 apabila Team Najib menang 3-1 keatas pasukan Too Less Ordinary.

Minggu depan satu lagi pertemuan sengit apabila Kelantan akan bertemu pasukan Too Less Ordinary dan kali ini tanpa IM Mas Hafizul yang akan bermain mewakili Malaysia dalam SEA Games 2011 di Jakarta.

2 Responses to Kelantan menang 3-1 ke atas Seahorse PETRONAS

  1. Avatar Maliki says:

    Kenapa mas x BxN instead of QxB?

  2. Avatar Bad Bishop says:

    Betul jugak tu… BxN check tu.. hmm tapi game ni memang betul dah.. takdop silap. kemah demo..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *