Kejohanan Sabtu Pertama PCNK-KPTM (Siri 1) – PCNK

Kejohanan Sabtu Pertama PCNK-KPTM (Siri 1)



Kejohanan Sabtu Pertama PCNK-KPTM merupakan satu kejohanan yang mempunyai banyak objektif yang selari dengan objektif utama penubuhan PCNK. Antaranya adalah:

  1. Mempromosi catur di Kelantan kepada semua golongan;
  2. Salah satu kriteria pemilihan wakil Kelantan ke kejohanan peringkat kebangsaan menggunakan Sistem Mata PCNK;
  3. Medan untuk mempertemukan semua golongan pencatur dengan tujuan meningkatkan kemahiran pencatur muda dan menajamkan kemahiran sedia ada pencatur dewasa; dan
  4. Mengumpulkan dana untuk PCNK untuk kebaikan ahli khasnya dan para pencatur di Kelantan amnya.

PCNK akan memulakan tahun 2020 dengan Kejohanan Sabtu Pertama PCNK-KPTM (siri 1) yang akan diadakan pada 1 Februari 2020 bertempat di Kolej Poly-Tech MARA, Lembah Sireh, Kota Bharu. Ini merupakan siri pertama daripada 10 siri yang akan diadakan sepanjang tahun 2020. Para peserta boleh mengumpul mata dalam setiap siri untuk layak ke KEJOHANAN AKHIR yang akan diadakan selepas siri 10. JOHAN setiap siri TIDAK DIBENARKAN menyertai siri-siri seterusnya kerana mereka telah layak secara automatik ke Kejohanan Akhir. Sepuluh peserta yang mendapat mata TERKUMPUL paling banyak akan mengiringi JOHAN setiap siri di Kejohanan Akhir.

Peserta juga boleh mendapat Hadiah Bulanan selain Sistem Mata PCNK dalam setiap siri. Maklumat lanjut PCNK-KPTM (siri 1) seperti berikut:

Untuk makluman, Persatuan Catur Orang Kelainan Upaya Negeri Kelantan (PCOKUNK) akan menaja Hadiah Wang Tunai untuk Siri 1-3.

Baucer Diskaun RM5 akan diberikan kepada pemenang tempat ke-4 hingga ke-10 dan pemenang hadiah khas. Baucer ini boleh digunakan dalam siri-siri seterusnya untuk mendapat diskaun sebanyak RM5 dalam yuran kejohanan.

PCNK juga memberi peluang kepada individu atau institusi berminat untuk menaja hamper atau barangan yang boleh digunakan sebagai cabutan bertuah dalam setiap siri. Individu/institusi berminat boleh menghubungi pihak PCNK sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh kejohanan. PCNK akan memberi ruang kepada yang berkenaan untuk membuat promosi barangan mereka.

Untuk siri 1, pihak Aiskrim 20 sen Harith sudi menyediakan cabutan untuk peserta bertuah yang tidak mendapat 10 tempat teratas atau hadiah khas dalam Kategori Terbuka.

Kepada yang berminat, sila daftarkan nama anda di pautan di bawah:

Borang Pendaftaran

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *