Kejohanan Round Robin Nf6
Satu kejohanan Round Robin Nf6 akan bermula pada hari sabtu 21 Mei ini yang mempunyai seramai 10 peserta. Kejohanan ini didaftarkan di dalam kalendar FIDE sebagai pertandingan FIDE Rated. Untuk menyesuaikan keadaan di mana pemain catur di Malaysia yang berkerja dan bermain secara semi-pro, perlawanan ini diadakan pada hujung minggu sahaja dan akan berakhir pada 31 Julai 2011. Berikut merupakan senarai pemain yang menyertai pertandingan ini.
![]() |
sumber dari http://majalah-catur.blogspot.com/ |
Pertandingan ini adalah hasil usaha Abdul Shukor Abdul Aziz dan penganjur bebas En Syazrin (http://majalah-catur.blogspot.com/) yang ingin melihat lebih banyak perlawanan FIDE Rated di dalam negara dan menemukan pemain catur sesama sendiri yang dilihat antara paling aktif dan terkuat di Malaysia buat masa ini.
Nik Farouqi diletakkan sebagai pilihan ketiga berdasarkan rating antarabangsa namun keupayaan pemain lain mampu menewaskan sesama sendiri menjadikan pertandingan ini sangat menarik untuk diikuti.
Berikut adalah jadual bagi 2 pusingan awal yang dijadual berlangsung pada Sabtu 21 Mei di DATCC, Kompleks Wilayah.
Leave a Reply