Kejohanan Rapid Cerdik Catur 2015

Pada 15 Ogos 2015 ini, Persatuan Catur Negeri Kelantan (PCNK) akan mengadakan Kejohanan Rapid Cerdik Catur 2015 bertempat di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). Kejohanan ini mendapat tajaan daripada pihak Cerdik Catur Enterprise. 

Cerdik Catur Enterprise merupakan antara syarikat yang cukup aktif menjalankan aktiviti catur di sekitar lembah kelang dan kini melebarkan sayapnya dengan bekerjasama dengan pihak PCNK untuk membangunkan sukan catur di Kelantan. Terima kasih diucapkan

KTD merupakan penaja bersama yang menyediakan tempat yang cukup selesa kepada pemain. Ini merupakan kali kedua kejohanan catur diadakan di KTD pada tahun ini sahaja. Kepada ahli PCNK dan penggiat catur di Pantai Timur, rebutlah peluang untuk menyertai kejohanan ini yang menyediakan hadiah terkumpul RM 1870. Yuran sudah pasti sangat berbaloi!

Flyers Kejohanan

flyers cerdik catur

Borang atas talian

Untuk mendaftar, setelah membuat bayaran anda boleh mengisi borang di pautan ini

Tempat Kejohanan

Kolej Teknologi Darulnaim, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia (website rasmi Kolej)

Senarai peserta

(akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

2 Responses to Kejohanan Rapid Cerdik Catur 2015

  1. Avatar Taulani Tukiran says:

    Johor sekolah ganti pada 8 ogos 2015.

  2. iiumchessmaster iiumchessmaster says:

    dekat borang tu takleh bubuh butang utk org send jpeg bukti pembayaran?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *