Kejohanan Catur Tertutup Kelantan PCNK-PKB

Berita baik untuk pemain catur Kelantan! Kejohanan yang bakal melahirkan juara Kelantan telah kembali. Hampir setiap tahun, PCNK menghantar seorang wakil lelaki dan seorang wakil wanita ke Kejohanan Catur Kebangsaan dengan tajaan penuh. Oleh itu, luangkan masa anda 23-24 Mac ini untuk bercatur di Kejohanan Catur Tertutup Kelantan yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu yang bertempat di Kok Lanas.

 

Namun, sebelum anda mendaftar, sila pastikan anda menepati salah satu daripada syarat-syarat  berikut:

  1. Lahir di Kelantan
  2. Sedang belajar atau bekerja di Kelantan
  3. Salah seorang bapa/ibu lahir di Kelantan

Jika Ya, sila baca lebih lanjut di bawah:

Kronologi Kejohanan Catur Tertutup Kelantan PCNK-PKB:

  1. Daftar dengan menghantar maklumat berkaitan ke nombor 011-5816 6809 (En. Mohd Azizul)
  2. Semak senarai nama sehari sebelum tarikh kejohanan (22 Mac 2018) di chess results.com (pautan akan diwarwarkan kemudian)
  3. Sahkan kehadiran sebelum pukul 8.30 pagi, 23 Mac 2018.
  4. Buat pembayaran yuran berkaitan (RM20 untuk Ahli Aktif PCNK, RM30 untuk bukan ahli) selepas selesai bermain Pusingan 1.

 

Kejohanan ini terbahagi kepada DUA kategori iaitu LELAKI dan WANITA. Saingan mungkin lebih sengit dalam kategori LELAKI jika anda adalah pelajar sekolah, namun PCNK mahukan yang terbaik untuk menjadi wakil PCNK di Kejohanan Tertutup Kebangsaan yang akan diadakan pada 4-10 Mei nanti. Oleh itu, berlatihlah daripada sekarang!

Namun, PCNK masih menyediakan HADIAH KHAS untuk kategori umur BAWAH 9, 12, 15 dan 18 tahun untuk direbut oleh para pelajar sekolah. Jadikan ini medan yang terbaik untuk anda meningkatkan tahap kemahiran anda dengan bertanding melawan orang dewasa.

Kejohanan ini juga menyediakan mata untuk SISTEM MATA PCNK. Kedudukan terkini:

 

SENARAI NAMA TERKINI:

Kategori LELAKI

Abdul Hayyie Abdillah
Ahmad Muaz Mukrami Abdillah
Ahmad Wirdas Arham Abdillah
Alif Omar Mohd Saufi
Amir Fahmi Khazani
Amir Muzakkir Azmi
Ammar Mohd Azizul
Hadif Haziz
Hafiy Haziz
Ifwat Aisar Mohd Zailani
Iman Aimar Che Din
Iman Ammar Che Din
Irham Thaqif Mohd Zailani
Izdiyad Firas Mohd Zailani
Ku Muhammad Izdihar Ku Ahmad
Mat Jusoh Omar
Mohd Aniq Nurhakim Azhar
Mohd Hafiy Hanif
Muhd Adzham Hafeez Asri
Muhd Aiman Zulkefli
Muhd Akmal Hafeez Suhaidi
Muhd Anas Irfan
Muhd Khairul Nizam Abdul Hadi
Muhd Yusuf
Muhd Zahir Mohd Zaidi
Muhd Zudi Mustapha
Nik Mohd Nazri
Shamsul Syafiq Rosdi
Shazwan Arifi bin Suhaimi
Wan Abdul Hakim Wan Tarmizi
Wan Muhd Azim Fikri Wan Md Abd Malik
Wan Muhd Iman Syazwan Wan Md Abd Malik
Wan Tarmizi Wan Sulaiman

 

Kategori WANITA

Ainul Mardiyah Abdul Aziz
Alia Farhana Yusof
Arissa Nur Qisha Azrihan
Che Nur Izzati Wirdani
Haifa Haziz
Hasya Haziz
Intan Nurdiana Natasya
Intan Nurnadia Natasya
Najihah Mohd Saufi
Nur Aleeya Aina Mohd Radzif
Nur Izzah Roshdi
Nur Wafa Rania Azhar
Wan Nur Alya Qaisara Wan Hanif

Leave a Reply

Your email address will not be published.