Kejohanan Catur Cuti Sekolah PCNK – PCNK

Kejohanan Catur Cuti Sekolah PCNK



PCNK sekali lagi hadir memenuhi keperluan pencatur di Kelantan dengan Kejohanan Cuti Sekolah yang akan diadakan pada 25 Disember 2020 bermula jam 10 pagi. Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM1500 ini akan mencari seramai 60 orang pemenang secara keseluruhan! 

Kejohanan ini masih lagi menggunakan platform Lichess memandangkan keadaan masih lagi tidak mengizinkan pertembungan secara fizikal tanpa syarat-syarat yang ketat. Namun, PCNK terpaksa mengenakan syarat-syarat yang ketat kali ini memandangkan kejohanan yang lalu mengundang kontroversi.

Kepada yang berminat, sila baca syarat-syarat tersebut di dalam borang sebelum mendaftarkan diri. Bermain menggunakan ID orang lain walaupun dari kalangan ahli keluarga sendiri adalah tidak digalakkan. Sila ikuti langkah-langkah yang diberi agar pendaftaran anda tidak bermasalah.

ID pemain yang telah berada di dalam group Lichess PCNK akan dibuang sekiranya tidak berdaftar untuk bermain dalam kejohanan kali ini. Ini untuk mengelakkan pemain yang tidak berdaftar bermain secara tidak sah. Peserta yang berminat juga digalakkan mendaftar awal agar mendapat harga yang lebih murah sebelum 20 Disember 2020.

Maklumat lanjut boleh dibaca dalam poster di bawah:

Kepada yang berminat, sila tekan butang di bawah:

Borang Pendaftaran

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *