KC 2012 – hari pertama

Tertutup Kelantan berjaya menarik seramai 148 peserta yang dipecahkan kepada 5 kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, B-18 Lelaki , Bawah 18 Perempuan dan Bawah 12.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Catur Negeri Kelantan dan CSTA UiTM Machang dan dibantu oleh En Arman sebagai Chief Arbiter dan Wan Nuzuhan.
![]() |
Bilik HRDA UiTM Kelantan – Venue KC 2012 |
![]() |
Ustaz Arman memastikan KC 2012 berjalan dengan lancar |
Setelah berakhir 4 pusingan di hari pertama, Nik Farouqi dan Amin Noor mengumpul 4 mata dan akan bertemu pada pusingan ke 5 pada pukul 9 pagi esok. Nik Farouqi berjaya mengejutkan pilihan pertama kejohanan IM Mas Hafizul. Berikut adalah permainan antara Nik dan IM Mas
![]() |
Nik Farouqi mengejutkan IM Mas Hafizul di pusingan 4 KC 2012 |
Segala keputusan boleh diikuti di Chess-Results
Leave a Reply