Wen Da Chew Juara Terbuka Kelantan 2021

Wen Da Chew menunjukkan kebijaksanaan di dua pusingan akhir untuk memenangi Kejohanan Terbuka Kelantan kali ini. Kejohanan yang pertama kali diadakan oleh PCNK menggunakan platform Tornelo membuka peluang untuk para pemain beraksi seperti bertanding di depan papan catur sebenar. Ini berbeza berbanding dengan platform Lichess yang hanya bergantung kepada pihak Lichess semata-mata.

Peluang ini lah yang digunakan sebaiknya oleh juara kali ini. Beliau sempat menghentikan jam 7 saat sebelum kehabisan masa dan memanggil pihak arbiter untuk menuntut keputusan seri apabila pihak lawan kelihatan tidak mencuba untuk memenangi perlawanan tersebut sebaliknya mengharapkan Wen Da Chew kehabisan masa. Namun, kedudukan buah catur memihak kepada Wen kerana lawannya tidak berjaya untuk membuktikan peluang untuk melakukan sesuatu dan terpaksa akur dengan keputusan seri. Wen Da juga tidak perlu melakukan pergerakan di pusingan terakhir kerana beliau telah menyedari pihak lawan tidak mengikut peraturan kejohanan iaitu penggunaan webcam.

Namun, kesemua 53 orang pemain mendapat hadiah. Berikut adalah keputusan rasmi:


Berikut gambar-gambar kejohanan:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *