Wan Mohd Azmie Juara Kelantan!
Akhirnya Kejohanan Tertutup Kelantan melabuhkan tirainya petang tadi tepat jam 5. Walaupun bermula lewat 15 minit kerana cadangan PCNK untuk tidak mengadakan pengutipan yuran pertandingan pada pagi hari pertandingan masih lagi belum dapat diterima sepenuhnya oleh komuniti catur Kelantan, PCNK berjaya menyiapkan majlis penutup pada masa yang dijanjikan. Seramai 21 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta wanita telah mencuba nasib menjadi wakil Kelantan disamping berharap untuk mendapatkan yuran tahunan percuma untuk sesi 2016.
Untuk kategori lelaki, pencatur yang sedang meningkat, Wan Mohd Azmie, berjaya memanfaatkan ketiadaan juara bertahan Nik Ahmad Farouqi dengan memenangi kesemua permainannya untuk menempah tiket ke Sabah dengan bergaya. Beliau diikuti dengan penuh dramatik oleh Muhamad Syakir Mohd Zin yang menumpaskan pencatur veteran Imanordin pada pusingan terakhir.
Untuk kategori wanita, Nuur Shazlynn Abd Malik membuktikan denda RM10 kerana kelewatan pendaftaran nama tidak menghalangnya untuk mengatasi 4 pencatur wanita lain dalam pertandingan yang terpaksa dilakukan menggunakan format Round Robin. Kakak Muhamad Syakir, Nursyamimi Mohd Zin berada di tempat kedua untuk menemani adiknya ke Sabah nanti.
Beberapa keping gambar yang sempat diambil:
Leave a Reply