Tahniah Pasukan Catur Wanita Malaysia

PCNK mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan catur wanita Malaysia yang telah membuktikan bahawa kehadiran mereka ke Olimpiad Catur kali ke 42 yang diadakan di Baku, Azerbaijan baru-baru ini bukan sekadar pelengkap jadual. Mereka telah mengejutkan ramai pihak setelah menjuarai kumpulan C Kategori Wanita dan mendapat tempat ke 25 daripada 140 pasukan yang bertanding. Kejayaan ini lebih manis apabila WCM Nur Nabila Azman Hisham telah berjaya mendapat gelaran WFM setelah pulang dengan 6.5 mata daripada 10 permainan.
Keputusan penuh boleh dibaca di chess-results.com.
Video penyampaian hadiah boleh di lihat di sini.
Leave a Reply