Tahniah GM Yeoh Li Tian – Grand Master Pertama Malaysia!

Tanggal 3 Ogos 2025 mencatat sejarah dalam sukan catur Malaysia apabila IM Yeoh Li Tian mendapat kemenangan dalam pusingan terakhir yang menobatkannya sebagai juara Kejohanan Jemputan Grandmaster yang berlangsung di Hub Catur, Kuala Lumpur. Kejuaraan ini membolehkan beliau mendapat norma Grandmaster ketiga yang membawa gelaran Grandmaster. 

Akhirnya, setelah bertahun berjuang, calon silih berganti, Malaysia kini boleh berbangga dengan terhasilnya seorang Grandmaster. Diharapkan ini menjadi titik tolak terbitnya Grandmaster-Grandmaster seterusnya untuk Malaysia. 

Tahniah daripada kami pihak PCNK untuk Grandmaster Yeoh Li Tian. Tahniah juga kepada Hub Catur dan MCF di atas usaha mengadakan Kejohanan Jemputan Grandmaster tersebut yang membolehkan Yeoh Li Tian mendapat gelaran Grandmaster di tanah air sendiri. 

Bacaan lanjut boleh diakses di pautan di bawah:

Harian Metro
Malay Mail
The Sun
The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *