Dr Nasrul rangkul 2 pingat emas di SUKUM 2017

5 Ogos 2017 : Bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim, Dr Nasrul merangkul dua pingat emas bagi dirinya apabila berjaya menjuarai cara Blitz dan Berpasukan lelaki di Kejohanan SUKUM 2017. Kejohanan yang disertai oleh staf dari pelbagai Universiti Awam di Malaysia ini merupakan acara tahunan yang seringkali menjadi tumpuan dan menawarkan pingat dalam pelbagai acara sukan termasuk olahraga. Beliau mewakili pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di mana pasukan UTM juga berjaya memungut 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Selain beliau, ahli PCNK yang terlibat sama dalam kejohanan ini adalah Dr Khaizuran dan AGM Nik Ahmad Farouqi, masing-masing sebagai pemain dan jurulatih pasukan UIA. Syabas diucapkan kepada Dr Nasrul dan rakan-rakan pcnk yang bertanding.

Dr Nasrul bersama 2 pingat emas yang dimenanginya.

Dr Nasrul bersama pasukan catur UTM yang membawa pulang 5 pingat bagi kejohanan ini.

Suasana di dalam dewan pertandingan.
Leave a Reply