SUKMA XXII SELANGOR 2026: AYUH, KITA DOAKAN KONTINJEN CATUR KELANTAN! ♟️💪

Tanggal 13 Ogos 2026, bermulalah secara rasmi saingan catur di Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Kontinjen Catur Kelantan telah bertolak dari Kelantan pada 11 Ogos dan selamat tiba di Selangor pada 12 Ogos 2026 bagi membuat persiapan sebelum menghadapi perlawanan. Setibanya di venue, pasukan turut menjalani sesi penyesuaian gelanggang dan penggambaran pasukan pada 12 Ogos.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, selaku agensi angkat, atas penyediaan kenderaan bagi membantu perjalanan Kontinjen Catur Kelantan ke Selangor. Sokongan seperti ini amat bermakna dalam memastikan kebajikan dan kelancaran perjalanan para atlet sepanjang temasya.

♟️ SAINGAN CATUR STANDARD BERMULA!

Acara Catur Standard berlangsung selama empat hari, 13 hingga 16 Ogos, melibatkan 7 pusingan dengan kawalan masa 90 minit + 30 saat tambahan bagi setiap langkah.

Jadual pertandingan:

Pusingan 1
📅 13 Ogos 2026 | ⏰ 9:30 pagi

Pusingan 2
📅 13 Ogos 2026 | ⏰ 3:00 petang

Pusingan 3
📅 14 Ogos 2026 | ⏰ 8:30 pagi

Pusingan 4
📅 14 Ogos 2026 | ⏰ 3:00 petang

Pusingan 5
📅 15 Ogos 2026 | ⏰ 9:00 pagi

Pusingan 6
📅 15 Ogos 2026 | ⏰ 3:00 petang

Pusingan 7
📅 16 Ogos 2026 | ⏰ 9:00 pagi

Jadual ini terpakai bagi keempat-empat acara Catur Standard, iaitu Individu Lelaki, Individu Wanita, Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Wanita. Pertandingan menggunakan sistem Swiss dan berstatus berating FIDE.

Selepas tamat Catur Standard, saingan Rapid dan Blitz dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Ogos. Namun begitu, jadual pusingan rasmi bagi kedua-dua disiplin tersebut masih belum disahkan.

Semua permainan boleh disaksikan di pautan di bawah: 

LIVE SUKMA

STD LELAKI
https://mychessdb.com/chess_broadcast_sukma2026.php?event_id=23

BERPASUKAN LELAKI
https://mychessdb.com/chess_broadcast.php?event_id=24

STD WANITA
https://mychessdb.com/chess_broadcast.php?event_id=25

BERPASUKAN WANITA
https://mychessdb.com/chess_broadcast.php?event_id=26

SUKMA bukan sekadar tentang kemenangan. Ia adalah tentang membawa nama Kelantan, menguji kemampuan di pentas tertinggi sukan kebangsaan dan menimba pengalaman yang akan menjadi bekalan untuk masa hadapan.

Ayuh rakyat Kelantan! 💙❤️

Berikan sokongan dan doa buat semua atlet, jurulatih dan pegawai Kontinjen Catur Kelantan yang sedang berjuang di bumi Selangor.

Semoga dipermudahkan setiap langkah, diberikan ketenangan dalam membuat keputusan dan dikurniakan kejayaan!

DEMI KELATE, KITO LAWE! 💪

#PCNK #CaturKelantan #SUKMA2026 #SUKMAXXIISelangor #KontinjenCaturKelantan #KelantanBoleh #Chess #SUKMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *