Statistik Pelawat Blog PCNK bagi Januari 2011
Bulan Januari ini PCNK telah membuat rekod peribadi bagi jumlah pelawat blog dengan mendapat sebanyak 1,469 pengunjung. Pastinya peningkatan jumlah pelawat ini adalah disebabkan bantuan dari blog-blog catur lain yang sudi berkongsi pautan ke blog kami. Selain itu kami juga cuba memastikan maklumat semasa dapat dikongsi bersama seperti keputusan-keputusan catur di dalam Malaysia terutama sekali yang melibatkan pemain dari Kelantan dan juga kehangatan dalam menuju KC2011 yang akan berlangsung pada Jumaat dan sabtu ini di SMK Pahi, Kuala Krai.
Berikut adalah jumlah pelawat mengikut hari.
Dari statistik yang diberikan, semalam 31 Januari 2011 adalah rekod dengan 182 pelawat dalam sehari. Antara penyebab kenaikan pelawat ini mungkin berita mengenai Abdullah Che Hassan ingin menyertai KC2011 dan juga keputusan Renegade yang melibatkan Ariez dan Ezmi.
Terima kasih atas sokongan semua dan PCNK berharap dapat terus meningkatkan kualiti kami untuk dikongsi bersama.
Leave a Reply