Senarai Pemenang Kejohanan Sabtu Akhir Oktober

Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sabtu Akhir PCNK untuk bulan Oktober 2022 ialah Wong Rui Yang. Format ARENA yang digunakan oleh PCNK memerlukan para pemain mencari taktik baru dalam mendapatkan sebanyak mana markah yang mereka mampu dalam permainan yang berlangsung selama 2 jam. Ia merupakan format yang berlainan sama sekali dengan format SWISS yang selalu digunakan dalam kejohanan-kejohanan biasa, namun ia mempunyai kelebihan tersendiri. Antaranya, para pemain boleh bermain lebih daripada 10 kali jika mereka mampu menewaskan (atau ditewaskan) lawan masing-masing dalam masa yang lebih singkat. Ini bermakna, pemain yang kuat juga tidak tentu akan menjadi juara jika taktik yang digunakan tidak bersesuaian.

Berikut adalah para pemenang untuk bulan OKTOBER:

TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang!

Leave a Reply

Your email address will not be published.