Senarai Pemenang Bakat Catur Online – PCNK

Senarai Pemenang Bakat Catur Online



Akademi Catur Ariez Azman (ACAA) merupakan salah satu pusat pembelajaran catur yang aktif di Kelantan. Pada Sabtu lepas, ACAA telah bekerjasama dengan PCNK dalam kejohanan pertama diadakan dalam tahun ini. Kejohanan Bakat Catur Online menawarkan 4 kategori iaitu Lelaki Bawah 12 tahun, Lelaki Bawah 18 tahun, Perempuan Bawah 12 tahun dan Perempuan Bawah 18 tahun. Berikut adalah senarai penuh pemenang setiap kategori:

 

Semasa pendaftaran, semua peserta telah menyatakan kesudian untuk mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak PCNK termasuklah pengakuan untuk tidak menggunakan bantuan sebarang enjin catur semasa kejohanan sedang berlangsung. Sehubungan itu, salah seorang peserta telah digugurkan daripada senarai pemenang disebabkan oleh salah satu syarat ini. Akhi_SolahCR didapati telah digantung akaun oleh Lichess, oleh itu menyalahi syarat yang ditetapkan PCNK. Pihak PCNK telah memberikan masa yang secukupnya untuk beliau membantah keputusan Lichess tersebut untuk membuktikan beliau tidak bersalah, namun sehingga hari ini, akaun beliau masih lagi digantung. Pihak PCNK juga telah membuat penyiasatan sendiri dan telah berpuashati dengan keputusan yang diambil oleh Lichess.

 

Makluman kepada semua pemenang, pihak PCNK akan menghubungi anda dalam masa terdekat melalui email. Oleh itu, anda mestilah bersedia dengan perkara-perkara berikut:

  1. Nombor akaun bank untuk urusan pemindahan wang hadiah
  2. Gambar semasa kejohanan

 

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *