Semua Peserta Kelantan Menang
Kejohanan Hybrid Kebangsaan yang berakhir 4 April lepas menyaksikan semua peserta Kelantan yang bermain di pusat hybrid Xchess berjaya mendapat kedudukan dalam kategori masing-masing. Dalam kategori Terbuka, wakil PCNK, Muhammad Ali Asghar berjaya mendapat hadiah Terbaik bawah rating 1800 manakala Abdullah Che Hassan yang kini berpengkalan di Kelantan berjaya mendapat tempat ketiga. Sementara itu, Wan Mohd Azmie mendapat tempat kelima kategori Pencabar dan seorang lagi wakil iaitu ‘Ammar mendapat tempat kedua terbaik bagi pemain yang tiada rating FIDE.
Tahniah KELANTAN….