Semua Peserta Adalah Pemenang Kejohanan Cuti Sekolah

Sejarah sekali lagi tercipta apabila semua 46 orang peserta Kejohanan Cuti Sekolah PCNK 2020 menjadi pemenang kategori masing-masing. Walaupun menyediakan hadiah untuk 60 orang pemenang, PCNK akur apabila hanya 46 orang pencatur yang bijak mengambil peluang bermain dalam kejohanan Jumaat lalu. Namun, ini tidak akan menjadi masalah untuk PCNK menyediakan struktur hadiah yang lebih kurang serupa pada masa akan datang.

KaittoKid menjadi Johan Kategori Terbuka manakala Zyhf79025 menjadi Johan Kategori Bawah 12 Lelaki. Kategori Bawah 12 Perempuan pula diungguli oleh peserta yang sedang meningkat naik, fatini08 manakala bekas pemain bawah 12 MSS Kelantan, ajwadamin menjadi Johan Kategori Bawah 17. Adiknya, AkeefAmin09 pula mengetuai senarai pemenang Kategori Ahli PCNK dan Eisyaa menjadi Johan Kategori Wanita.

Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:

 

PERHATIAN KEPADA PEMENANG!!!

Pihak PCNK akan menghantar email untuk makluman kepada anda dan untuk urusan sijil. PCNK juga akan meminta anda untuk memberikan nombor akaun Bank untuk urusan hadiah wang tunai. Diharapkan anda memberikan kerjasama dengan segera dan menyediakan perkara-perkara berikut:

  1. Nombor akaun Bank
  2. Nama pemegang akaun Bank (terutamanya jika ibubapa tidak menggunakan akaun anak yang bermain)
  3. Gambar semasa kejohanan (sila pastikan wajah dan peranti (gajet) yang digunakan jelas dalam gambar)

One Response to Semua Peserta Adalah Pemenang Kejohanan Cuti Sekolah

  1. Avatar Siti Fatimah binti Yaacob says:

    Bwh 12
    1.Mohamad Asyraf Fikri bin Noraman
    2.Mohamad Aqeel Fitri bin Noraman
    3.Nur Qistina Balqis bin Abu Ubaidah
    4.Nurafrina binti Norazidin

    Bwh 17
    1.Mohd Adli Syukri Bin Noraman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *