Kejohanan Sabtu Akhir APRIL

Ini merupakan siri ketiga daripada kejohanan bulanan yang akan diadakan pada hari Sabtu yang terakhir pada setiap bulan bermula Februari sehingga November ini. Kejohanan ini meraikan para ahli aktif yang membayar yuran tahunan pada tahun 2022 ini dengan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk mereka bermain, namun mereka mempunyai peluang untuk menggondol hadiah-hadiah yang ditawarkan. Walaubagaimanapun, PCNK tidak menghalang pemain bukan ahli untuk mencuba nasib dan mereka ini dikenakan bayaran yang amat minima iaitu RM5 setiap seorang. Oleh itu, untuk mendapatkan manfaat yang berpanjangan, adalah dinasihatkan mereka mendaftar sebagai ahli aktif untuk tahun 2022 agar mereka dapat bermain dalam kejohanan ini yang akan diadakan sebanyak 10 kali sepanjang tahun ini SECARA PERCUMA.

Untuk menyemak senarai ahli aktif 2022, sila tekan butang di bawah:

Senarai ahli aktif 2022

 

Untuk mendaftar sebagai ahli aktif 2022, anda boleh mengisi borang secara online dengan menekan butang di bawah:

Borang Keahlian 2022

 

Untuk mendaftar Kejohanan Sabtu Akhir APRIL, anda boleh mengisi borang pendaftaran dengan menekan butang di bawah:

Borang Pendaftaran Kejohanan Sabtu Akhir

 

Ahli Aktif boleh muat turun logo PCNK berikut untuk digunakan sebagai resit pembayaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.