Rungutan terhadap pra-syarat KC2011??

PCNK bersedia membantu sebarang rasa tidak puas hati berhubung penganjuran untuk memastikan catur Kelantan lebih maju di masa hadapan. Namun sekiranya sebarang komen dan rungutan tidak melalui saluran yang betul, tidak ada apa-apa yang kami boleh lakukan kerana tiada sebarang maklum balas dari mereka yang merungut.. hanya mendengar khabar-khabar angin, tidaklah menjadi usul untuk kami bertindak. Kami cuba melakukan yang terbaik demi pembangunan catur di Kelantan. Segala masalah atau cadangan sebenarnya telahpun kami unjur untuk email kami di catur.kelantan@gmail.com. Setelah lama alamat email ini di buka kepada umum, sangatlah jarang kami menerima maklumbalas dari pelawat kami, maka kami hanya menjalankan program yang difikirkan sebagai permulaan yang baik untuk catur.
Antara pra syarat yang menjadi rungutan secara khabar angin adalah status pemain yang ibu/bapanya adalah orang Kelantan layak bermain. Bagi kami di PCNK, mereka yang merungut hanyalah memberi alasan untuk tidak menyokong program kami. Di sini ada beberapa sebab peraturan ini dibuat
1. Catur di Kelantan agak terkebelakang berbanding negeri lain seperti di Pulau Pinang, Selangor dan Sabah kerana tiada banyak pertandingan dilakukan
2. Sekiranya pertandingan tiada Jerung, maka tiadalah liputan hangat untuk dibuat, perkara akan menjadi hambar dan proses pembangunan pastinya akan menjadi lambat. Kita bandingkan dengan sukan lain seperti bolasepak, ramai penonton suka melihat EPL, La Liga kerana terdapat banyak jerung. Jika ikan bilis saja yang bermain, tidak ada la rating yang tinggi dalam sukan itu.
3. Dengan kehadiran pemain-pemain yang berstatus tinggi, mutu permainan di Kelantan dapat meningkat secara eksponen disebabkan pemain catur di sini terutamanya bakat-bakat cilik didedahkan dengan mutu permainan baik secara “live” di tempat sendiri, pada kos yang rendah kerana tidak perlu mengharungi perjalanan jauh semata-mata untuk merasa pengalaman tersebut.
4. Mengapa kita perlu set mentaliti ada ikan jerung ada di sana, tidak perlu kita main. Kita perlu set mentaliti, apabila ada jerung di sana, kawe nok gi timbuk jerung tu. Ingat maghi kampung kawe, demo baguh sangat.. maghi kito gomo baru tau oghe Kelate jati ni sebenarnya kuat ko dop.
5. Belum ramai pemain-pemain berstatus tinggi yang aktif catur di Kelantan, jadi keputusan membuat pra-syarat ini kemungkinan bersifat sementara sahaja, bukanlah tidak boleh diubah.. apabila Kelantan mempunyai pemain yang kuat, kemungkinan hanya hok oree jah kita jeput main Close.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh di debat di sini tetapi memandangkan tiada laporan bertulis terhadap kami, jadi tidak perlu lah kami huraikan segala apa yang telah kami lakukan.
Apa yang kami harapkan adalah sokongan dari semua pihak demi pambangunan catur di Kelantan. Lagipun baru-baru ni dilihat 100 peratus yang hadir bertanding adalah orang Kelantan jati, nampak sambutan baik diberikan dan merupakan rekod bagi PCNK untuk menerima lebih dari 100 peserta kali ini. Tiada GM dari Bangladesh mengaku bapanya rakyat Kelantan bertanding di sini malah IM pun tidak bertanding.
Bilis hanya berbicara untuk menyembunyikan bilisnya.. PCNK ingin jerung mewakili negeri Kelantan, tidak ingin bilis menjadi wakil kerana kalau kalah, meletup la stadium atau dewan pertandingan nanti. Namun PCNK pasti sudi membantu bilis-bilis yang berhati jerung ini untuk menjadi Jerung Kelate sejati. Harap perkara ini tidak menjadi isu yang besar.
Sekali lagi kami alu-alukan sebarang cadangan atau komen dihantar di email kami di catur.kelantan@gmail.com untuk kita memajukan catur di Kelantan Darul Naim..
GOMO KELATE GOMO
hahahahaa….!! adeh =))
aku puas hati secara keseluruhan nya tournament klate close baru2 ni…walaupun datang jauh dari KL…takde pulak apa2 yg hendak aku kritik….walaupun ada beberapa sedikit kelemahan…adat la tu…bukan senang nak puaskan hati semua pihak….yg penting kita patut support dan memberi pandangan yg membina…bukan MEMBINASAKAN…!! gomo klate gomo..!!
terima kasih atas sokongan tuan testing