Razif Menang Hadiah Utama KUOCC

Mohd Razif Abd Rahman yang terlewat satu pusingan semasa Kejohanan Hari Sukan hari sebelumnya, telah berjaya memenangi Kejohanan Ultimate Open Chess Championship anjuran UiTM dengan kerjasama PCNK. Beliau mengatasi pencabar terdekat beliau Baharuddin Hamzah dan Alif Omar dengan setengah mata untuk memenangi Kategori Terbuka yang dihadiri oleh lebih kurang 40 orang peserta.

 

Dalam Kategori Bawah 12, adik Haifa Haziz membuktikan kejaguhan dengan menewaskan semua lawannya. Beliau membuktikan latihan dalam Skuad Emas Kelantan selama ini tidak sia-sia dengan membawa pulang hadiah utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *