Perutusan Presiden 2021

Tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar kepada PCNK kerana ancaman wabak virus Corona telah mengubah peta catur dunia seterusnya membawa kepada keadaan yang asing bagi suasana catur di Kelantan. PCNK sempat mengadakan kejohanan catur secara kerjasama dengan KPTM sebanyak tiga kali sebelum pihak kerajaan Malaysia mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada bulan Mac. PCNK cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru tersebut, lalu mengadakan kejohanan secara atas talian sebanyak empat kali sepanjang 2020.
Tahun ini juga PCNK bermula dengan satu kejohanan atas talian secara kerjasama dengan ACAA dan pihak kami akan meneruskan trend ini sehingga kepada keadaan yang membenarkan pencatur bersemuka di papan catur semula suatu hari nanti.
Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan jawatankuasa induk baru PCNK. Sehubungan itu, satu mesyuarat agung akan diadakan secara atas talian pada akhir bulan ini melibatkan ahli-ahli aktif yang membayar yuran tahun 2020 atau yuran tahun 2021. Jika anda berminat membuat pencalonan untuk jawatankuasa PCNK, pastikan anda telah membayar SAMADA yuran tahun 2020 atau yuran tahun 2021 (salah satu) kerana ia adalah syarat utama untuk mengisi borang pencalonan.
Semoga anda membuat pilihan yang tepat.
MOHD AZIZUL MAT DAUD
Presiden PCNK 2019-2021
Leave a Reply