Perutusan Presiden 2020

 

Salam tahun baru 2020 saya ucapkan kepada pencinta catur di Kelantan khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Tahun 2019 telah berlalu dengan jayanya setelah pihak PCNK berjaya menganjurkan banyak kejohanan terutamanya secara kerjasama dengan institusi-institusi lain seperti UiTM, Politeknik KB dan KPTM.

Tahun 2020 diharapkan dapat memberikan sesuatu yang lebih baik lagi terutamanya kepada ahli-ahli PCNK yang aktif. Lebih banyak kejohanan telah dirancang agar pemain catur di Kelantan tidak ketandusan tempat untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan catur mereka. Walaupun pihak kami tidak mampu menganjurkan kejohanan setiap hari minggu, kami berusaha menganjurkan kejohanan setiap bulan dan diharapkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan boleh memberikan manfaat yang maksimum kepada ahli aktif yang tentunya akan mendapat diskaun yuran dalam setiap aktiviti tersebut.

Sehubungan itu, ahli-ahli digalakkan mengambil sikap proaktif dan memberikan kerjasama secara langsung dengan menyumbang melalui Yuran Tahunan yang akan digunakan untuk melicinkan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut. Semoga dengan kerjasama ini, PCNK mampu menjadi antara persatuan catur yang terbaik di Malaysia. Sejak tahun lepas, PCNK menyediakan platform untuk ahli baru mendaftar melalui atas talian (online) dengan menekan butang Borang Keahlian PCNK Online yang berada di sebelah kanan laman web ini. Ahli baru dan ahli sedia ada yang ingin membayar yuran tahunan juga boleh membuat sedemikian di kaunter yang akan dibuka pada setiap kejohanan anjuran PCNK.

Namun, adalah diharapkan pihak yang berminat membayar yuran tahun 2020 sebelum 1 Mac untuk melayakkan mereka manfaat-manfaat dan faedah-faedah di atas.

 

MOHD AZIZUL MAT DAUD

Presiden 2019-2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *