Pertandingan Kapsyen Gambar Terbaik

Sempena 10 Tahun penubuhan, PCNK juga mengadakan satu pertandingan untuk para ibubapa dan guru pengiring yang tidak bermain catur untuk turut bersama merasa kemeriahan kejohanan PCNK. Apa yang mereka perlu lakukan adalah menghantar seberapa banyak penyertaan (gambar) beserta kapsyen yang menarik untuk diadili oleh PCNK. Sepuluh gambar dan kapsyen terbaik akan menerima hadiah RM10. Setiap penyertaan mestilah disertakan bersama nama sendiri, kapsyen untuk gambar dan nama kejohanan gambar yang dihantar ke email catur.kelantan@gmail.com sebelum jam 12 malam, 10 Oktober. Para pemenang akan diumumkan bersama dengan pengumuman senarai pemenang Kejohanan Catur Sempena 10 Tahun PCNK pada hari Isnin, 12 Oktober 2020.

Contoh penyertaan:

Nama ibubapa/guru : Mohd Azizul Mat Daud

Nama kejohanan : Kejohanan PKB – PCNK 2019

Kapsyen : ‘Ammar ni kalu tak napok ‘check’, abi sekeh palo dengan mikrofon la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *