Selamat Tahun Baru 2011
PCNK mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pengunjung terutamanya peminat-peminat catur tanah air.
Diharap pada tahun 2011 ini, Catur di negeri Kelantan akan berkembang maju dan mendapat perhatian dari pihak penaja yang berminat untuk menyumbang ke arah pembangunan catur di negeri Kelantan. PCNK juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain catur dari negeri Kelantan terutamanya IM Mas Hafizulhilmi untuk berusaha mencapai gelaran GM dan diharapkan lebih ramai anak-anak muda mengikuti jejak langkah IM Mas untuk mencapai mutu permainan bertaraf antarabangsa.
Satu pertandingan catur tertutup Kelantan juga telah dirancang pada bulan Februari ini untuk memilih wakil untuk bermain di bawah bendera Kelantan dalam kejohanan-kejohanan terpilih di dalam Malaysia. Maklumat lanjut akan diumukan setelah segala kertas kerja diluluskan.
Selamat tinggal tahun 2010 dan Selamat datang Tahun 2011.
Leave a Reply