KENYATAAN RASMI PCNK berhubung penularan virus H5N1 dan penganjuran RISDA-MCC2017 di negeri Kelantan
بسم اللّه الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia
Salam RISDA-MCC2017
YB Datuk Presiden dan Jawatankuasa Persekutuan Catur Malaysia,
YBrs. Presiden Persatuan Catur Negeri-Negeri,
Pemain dan peminat catur diseluruh negara,
Para ibubapa,
Umum mengetahui melalui paparan di dada akhbar dan media massa yang lain mengenai penularan wabak selsema burung H5N1 di negeri Kelantan.
Alhamdulillah, semuanya dalam situasi terkawal. Unggas yang dijangkiti virus H5N1 melibatkan ayam itik tempatan telah berjaya dihapuskan. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan bersama agensi-agensi berkaitan sentiasa memantau dan bersiap-siaga sekiranya ada kes-kes baru dilaporkan.
Sehubungan dengan itu, pemain dan delegasi catur negeri-negeri dari serata pelusuk tanahair yang akan hadir menyertai kejohanan kali ini tidak perlu bimbang dan khuatir kerana penularan virus adalah terkawal dan tiada laporan jangkitan melibatkan orang ramai.
Walaubagaimanapun, para pemain dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam pengambilan makanan terutamanya ayam. Jika terdapat tanda-tanda seperti demam dan sakit tekak, segeralah berjumpa doktor.
Mohd Azizul Mat Daud
Presiden PCNK
17 Mac 2017
والسّلام
Leave a Reply