Hanya 77 tempat kosong lagi untuk mendaftar KC 2012 !!

Kejohanan Tertutup Kelantan 2012

Format : 9 pusingan Swiss
Kawalan Masa : 45 min seorang

Lokasi : Blok A UiTM Machang, Kelantan
Tarikh : 27 dan 28 Januari 2012 ( Jumaat dan Sabtu )

Anjuran : PCNK dan C’STA UiTM Kelantan serta kerjasama MCF

Persatuan Catur Negeri Kelantan

Dengan pendaftaran pemain mula rancak seminggu sebelum bermula KC 2012, kategori Bawah 18 tahun menunjukkan penyertaan tertinggi dengan 83 peserta diikuti dengan Terbuka Lelaki seramai 30 peserta, Terbuka Wanita 6 peserta dan Bawah 12 hanya 5 peserta.

Dengan 124 penyertaan setakat ini, hanya tinggal 76 tempat kosong memandangkan dewan pertandingan hanya berupaya memuatkan sebanyak 200 peserta sahaja. PCNK yakin akan lebih banyak  nama akan masuk dalam minggu ini terutamanya bagi kategori Bawah 12 dan Terbuka Lelaki.

Bagi mereka yang belum mendaftar, boleh berbuat demikian dengan menghantar sms nama, ic, kategori bertanding ke Nik Farouqi – 019 999 6006. Pastikan anda menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk bertanding.

Untuk melihat senarai peserta setakat ini boleh ke SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *