Ali Asghar Wakil PCNK ke MCF-KUPTM National Hybrid Online Individual – PCNK

Ali Asghar Wakil PCNK ke MCF-KUPTM National Hybrid Online Individual



Muhammad Ali Asghar, yang mendapat tempat kedua di Kejohanan Tertutup Kelantan tahun lepas telah dipilih mewakili Kelantan dalam kejohanan Hybrid Kebangsaan yang pertama anjuran Persekutuan Catur Malaysia (MCF) yang akan berlangsung dari 31 Mac sehingga 4 April 2021. Muhammad Ali diberi peluang apabila johan tahun lepas, Nik Mohd Nazri, tidak dapat bertanding.

Kejohanan ini akan diadakan di Akademi Xchess, Lundang, Kota Bharu yang terpilih menjadi pusat hybrid bagi negeri Kelantan. Kejohanan ini juga mencatat sejarah tersendiri menjadi kejohanan pertama secara masa klasikal yang seumpamanya di anjur di bawah Persekutuan Catur Dunia (FIDE). Oleh itu, mari kita sama-sama menyokong Ali supaya membawa pulang hadiah utama kejohanan bersejarah ini. 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *