1st Kelantan FIDE Rated : Seterusnya… Wan Mahadzir vs Nik Farouqi
Setelah berlangsung pertarungan sengit antara Abdul Haq dan Azizul Mat Daud, satu lagi perlawanan akan dilangsungkan pada 24 November 2011 diantara Wan Mahadzir bertemu Nik Farouqi.
Keputusan seri diantara Abdul Haq dan Azizul Mat Daud tidak mengubah kedudukan carta pemain dan Nik Farouqi berpeluang untuk menjuarai 1st Kelantan FIDE Rated sekiranya memenangi baki 2 perlawanan kerana berkelebihan dari segi sistem pemutus SB berbanding Abdul Haq.
Perlawanan yang menarik pastinya berlaku antara Wan Mahadzir dan Nik Farouqi memandangkan Mahadzir pastinya telah membuat persiapan untuk menyertai kejohanan Asian Amatur 2011 dan Nik Farouqi pula perlu menang untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas.
Wan Mahadzir yang bertugas sebagai guru di negeri Sabah baru mengumpul 2 mata dari 4 perlawanan berada di tempat ke 11 tetapi masih mempunyai baki 7 perlawanan untuk memperbaiki kedudukan sementara Nik Farouqi mengumpul 8 mata dari 9 perlawanan dan berbaki 2 pusingan. Kita nantikan sahaja perlawanan mereka yang pasti sengit dan menarik.
Selamat bergomo!
Kedudukan semasa carta 1st Kelantan FIDE Rated 2011 |
Leave a Reply